Saturday, November 20, 2010

Perkhemahan Kadet Polis. (part 2)

Assalamualaikum semuaa :).


Haaaa. meh kite sambung cerita meh, kesian btl korang, sik tertanya tanya je ape tu 'no more nightmare' kan? hahaha.. bukan nye apun.. Hahha. Kan pada jam 0200H kitorang duk gegar khemah dirg, nak main benda tu laaaa. Hahhaa. kesian gile aku tgk dirg, ade yang sempat tido lgi mase tklmt modul tu, hampeh btl korang ni. 


No more nightmare tu, kitorang bawak adik² bejalan kat tgh gelap sambil la tutup mata dirg tu. Serius, ade yang nangis, melalak mcm ape tah. Yang para fasilitator nye pulak mengeluarkan bunyi bunyian yang boleh menegakkan bulu roma para setiap pendengar nya. Apa lagi makin kuat la budak² tu jerit. Hahha.. Klaka². Aku yang menengok nye pun gelak puas² smbl garu perut! *korang cube bayang kan. hahha. Kitorang tak main lame sgt pun bnde tu, dlm 30minutes je. Takut jugak if ape² jgi nnti, alhamdulillah tkde perkara buruk yang berlaku. Sebelum tu pun kitorang dah ingat kan kat adik² tu wudu' dulu and bace surah 3 qul.. Alhamdulillah la sumenye selamat. :) kitorang tido dalam 0330H mcm tulaa. Gud nite :)


15 November 2010.


Pagi² jam 0600H dirg sume. *awal gile korang bangun weiii.. Hahha. Mandi n solat subuh. Dalam jam 0700H ade PT. Ape tu PT? Physical Training laaa. Prasupport,PT10. Sume nye dalam genggaman aku. Hahha. Sori dik, abang buat ni sume bia otot² adik makin kuat macam malik noor. huwahaha. Menggigil gigil ha tangan dirg bile suh pumping. After PT, sarapan pagi yang menyelerakan. Nyum nyummm! *padahal makan nasik goreng je. Bersyukur la ape yang ade ye dik :).


After sarapan adik² kite ni duk bekawad kat tengah panas. Kesian mereka. Aku macam biase laa, duk bawah pokok. Nak ajr bdk² ni aku tak reti kawad polis,if kawad tentera aku tahu laaa. *psst² aku menang naib johan tau pertandingan kawad mase kat kem dulu. hehhe.. Bekawad saaaaampai la jam 1045H. Then dirg g minum sampai jam 1100H. Lepas tu pertandingan kawad pulak, macam² laaaa. dirg ni dah naik muak asik duk kaaaaawad je. *muke masing² macam bunkface! dah. hahha.. 


Petang pulak ade bukak pasang senjata. Senjata yang di rabak kan oleh kami adalah m16 yang di bawakan khas daripada IPD Banting. Alaaa, kan ade yang bru buat tuu, besa gileee wa cakap sama luuu!! Habis je Tuan tu mengajar, mule la sesi bergambar bersama m16 cik kiah oiiii.. Tuan tu cakap, jangan halakan muncung senjata tu kat orang. Aku ingat lagi mase kat kem dulu. Sarjan tentera darat ni cakap, 'INGAT! senjata ni berpuaka, jangan pernah sesekali halakan muncung depan dekat rakan² kamu walaupun takda peluru pahamm! benda ni pernah berlaku. Tu yang aku agak cuak nak pegang tu. hahhaa..


Belah malam pulak, malam yang di nanti nanti iaitu 'Malam Kebudayaan'. Sebanyak 5 kumpulan yang telah membuat persembahan. Hanya 3 sahaja yang dipilih sebagai pemenang. Dik, persembahan korang biase je dik, takde yang luar biase pun *jahat tak aku ni? hahha.. Habis malam kebudayaan, sementara menunggu BBQ siap d masak, Aku bersama band mate aku yang lain pun menghibur kan lah adik² yang sedang kengantukan dengan hiburan kami yang memukau tu. Hahaha.. Punye la lame kitorang tunggu BBQ tu masak, tetiba jeeee... 


*nak tahu kisah selanjutnya? haaa. tunggu Perkhemahan Kadet Polis (part3). Part 3 juga akan d muat naik kan gambar² yang berkaitan dengan Perkhemahan. Terima kasih kerana sudi membaca. Bubbye! Assalamualaikum :)

2 comments:

  1. haylaa..... nak kene tunggu lagi ke.... hmmmmmmm.. jangan lambat lambat tahu.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. deyyy? kene tunggu lagii? adehh. saje je dia niiii.

    ReplyDelete