Thursday, February 17, 2011

Kisah cinta.

Assalamualaikum W.B.T..


Ape khabar anda sekalian? Di harap anda semua berada dalam keadaan sihat belaka. Hehhe.. Tanggal 16, setiap bulan tepat je tanggal 16 tak kira la 16 feb ke, 16 jan ke, 16 dec or 16 nov mesti aku gembira bila tanggal ni sampai. Nak tahu knape? Tanggal ni la Shakirah Binti Haji Mohamad Yusof menerima dengan rasminya aku sebagai buah hati dia. Ni bak kate orang dulu², if orang sekarang gelpren la kan. Hehhe :) Mase tu time hari guru selepas solat Maghrib berjemaah kat Surau Kem Paya Indah aku melamar die, dalam kira² jam 1946H la mcm tu.. Hehhe. Alhamdulillah kami pun dengan rasminya menjadi pasangan kekasih. :D *malu la ckp mcm ni.. :P


Kalau nak di ceritakan kisah kami dari mula kenal sampai la sekarang memang banyak kenangan, cerita, kisah suka duka, macam² lagi laaa.. Tapi rasenye tak perlu cerita kuttt. Insya-Allah nnti time majlis perkahwinan kami nnti kami buat slide khas untuk kisah percintaan kami eyy.. :D. Sekarang ni kita cerita yang ringkas tepat padat dan mutakhir ey!. Hehhe.. if nak cerita panjang² nnti tak syiok la kan, korang tahu nnti, takde rahsia dah. Hidup ni perlu ade rahsia, baru la nnti seronok. Hahha


Kisah bermula dari sini. Aku kan dulu suke nooo layan mespes ni, suke nooo nak add² orang, sebab aku ade fight ngan membe aku sape yang friend paling banyak die hebat.. So aku pun 15 jam aku duk ngadap pc laptop, laptop pc.. Tu je keje aku, asyik nak add ooooooorang je, sampai la aku add iraConet (bukan nama sebenar) ni haaa.. Yang dia ni pulak slalu sgt laaa mengonline dirinyaa, boleh dikatakan hampir setiap petang dari pukul 3 sampai la lepas asar. Yang paling best nye pulak, bile aku tegur ade respon beb! Hehhe.. Sonok ni sonok ni :D. 


Bile dah ade respon ape lgi? Teruskan lah bercomment antara kami. Yang paling best lagi?? Die ni pulak jenis yang seKepala ngan aku *maksud seKepala disini bukan nye kami gune kepala yang sama ey, jangan salah paham. Maksud seKepala disini adalah kami sama, suke loyar burok, die pun layan je ape yang aku bebelkan, yang aku kerepekkan.. Memang sonok la dengan die ni! Hehhe.. Kang bile petang aku online tunggu die, if petang tak online? Malam mesti online punye. Hehhe.. Sampai la satu mase ni aku mintak no tepun die. Hehhe.. Mak aihhh! nak mintak no tepun pun kene teka² jugak, payah gile wooo! Dah la salah no die bagi. Aku miscall ade, tapi bukan die. Hahahaha *malu² :)).. And lastly Alhamdulillah dapat jugak. tq dear! :)


Tak cukup kat ym ngan mespes, ade no tepun kan... So, SMS jelaaa. Hahha.. gatai la aku ni. *aku memang dah suke kat die pun time ni.. Ssssshhh! tpi aku pandai cover punye :D. Tapi alangkah sedih nya sebab kadang² mesej aku tak di replykan nya, die memang jenis yang memang tkde kedit, so nak buat cane kan. Huhhhu.. Penah jugak dulu kitorang lost contact, tetibe je tak berhubung antara satu sama lain, ade sebab² yang tertentu la kan.. :)


Lastly awal tahun lepas kitorang rapat balik.. Hehhe. Aku mesej die balas, mesej lagi die balas lagi, mesej lagi die balas lagi.. Haaaaa, ade chance la ni kan. heee :D. So, makin hari amakin rapat kitorang ni.. Sampai la bulan 3 aku kene kem PLKN Kem Paya Indah. Sedih woooo nak tinggalkan mak abah, nak tinggal kan katil, bantal.. :( Especially dia! :(( Menangis aku malam tu, dahla kat dalam kem tak dapat pegang fon, macam mane nak contact nnti. :( macam² perkara bermain kat dalam fikiran aku time tu. Huhhu.. Bile dah kat kem terasa rindu yang teramat sangat sehinggakan aku asyik terdengar dengar bunyik hp, padahal hp takde. Huhhu.. 


Tapi alhamdulillah masih ade kesempatan lagi aku nak berhubung dengan die, kebiasaanya hari rabu or selasa aku mesti call die. Hehhe.. Gune i-Talk laaa beb! nak gune duit syiling mahal sangat, sempat tanye dah makan ke belum je. Huhhu.. If i-Talk siap aku tanye mak ayh dan makan ke belum. Hahaha :)) Alhamdulilllah sepanjang aku kat dalam kem dulu dia setia menunggu aku, ceeewwwaah! Hehhe.. And lastly sampai la ke hari ni. Aku bersyukur sangat² die slalu ade dengan aku. Mungkin Allah kirimkan die buat aku untuk aku jage die, belai die, sayang die sebagai peneman hidup aku. Insya-Allah ape yang Allah beri ni aku gune n jge sebaik mungkin.. Walaupun banyak dugaan, rintangan, cabaran yang kami lalui alhamdulillah sampai ke hari ni.. Semalam genap 9 bulan kami bersama. Insya-Allah dengan berkat Allah S.W.T hubungan kami kekal hingga jadi suami isteri, mak abah, atok nenek nilah impian kami. Insya-Allah.. Korang semua doakan ya ape yang kami impikan akan jadi kenyataan. Insya-Allah. Amin..


Ni lah koleksi kenanga yang ade kat aku.. :) tq sayang for everything.. I LOVE YOU SOOOO BLOOOODY MUCHHH MUCH MUCH MUCHHHH! 






Saturday, February 5, 2011

Ketakjuban.

Assalamualaikum W.B.T

Kenape malam ni aku rase sangat membosankan ni. Huhhu.. Okay laa, Jum kite share story ni. Seperti mana yang korang tahu, *ceh! mcm ramai je folower. Hahaha.. Aku ni kan fanatik HUJAN!, bagi aku hujan ni memang best la music yang dorang bawak ni. Nak kate rock tak rock, slow tk slow sangat, jiwang pun tak jiwang sangat. Hahah.. Meh sini aku cite serba sedikit latar belakang diorang ni.

NOH - Aku tahu yang noh ni dulu hoppers, sape tahu kumpulan MIX? haaaa.. die la yang tukang rap nye. Hohho.. Noh ni kreatif orang nye, Aku penah tengok ade satu kisah ni menceritakan kehidupan noh. Die memang minat music, dari sekolah rendah lagi dah start main. Semua lagu hujan dari 1st ep 123 go!, 2nd ep check check rock rock, 1st album 'HUJAN, 2nd album 'MENCARI KONKLUSI', sampai la ke 3rd album 'LONELY SOLDIER BOY'. Semua lagu die yang tulis.. kepada noh, teruskan usaha. Anda sangat diperlukan dalam industri music Malaysia.

AG COCO - ag selaku lead gitar band ni macam penyeri band ni. Yelaa, tukang goreng la katekan. Hohhho.. AG ni dulu guitarist band COCO yang sangat top dengan lagu mengintai langit. Kalau tengok koleksi Gadget AG perghhh! Jeles gile woooo.. AG ni jugak yang punya idea untuk menubuhkan HUJAN, AG jugak ade main untuk tribute P.Ramlie feat ngan azlan & typewriter mendendangkan lagu jeritan batinku. Hohho. AG, if kau tkde. Tk jadi la HUJAN ni kan.. Hehhe.

Dimas - Die ni selaku pemain kekunci HUJAN. Dimas ni dulu bassist hujan, tapi die balik kg sebab nak kawin kuttt. So, die tinggalkan HUJAN buat seketika. Dan tempat beliau digantikan dengan duke. Yang aku tahu, dimas ni bos tempat noh keje dulu.. Apetah name tempat tu, aku pun lupe. Noh sound engineer kat studio tu.. So, dari situ la dimas mengofferkan dirinya main bass untuk HUJAN.

AM - Am? Macam name aku pulak kan. Hahaha... Am ni drummer bagi HUJAN. Aku suke tgk am ni, bile perform rilek jeee.. Cara permainan nye kemas je. Macam lagu obsesi, bip drum tu lagu tapi die main kemas je dalam keadaan selumber. Hohho.. Am ni dulu drummer api band yang popular dengan lagu 'aku pemuzik indiependent'. Secara ringkas nye aku suke tengok Am ni. Hohho

Ni la yang aku tahu serba sedikit tentang HUJAN. Untuk HUJAN, Gud luck! aku suke music korang.. teruskan menaikkan name korang. Korang best! Insya-Allah aku always support korang. Aku teringin sangat nak ade band macam korang, tapi belum ade rezeki lagi kan. Huhhu.. Tapi tkpelaa, Aku cube usaha lagi, dalam band ni perlukan persefahaman antara bandmate. Susah nak dapat wooo. Alhamdulillah buat mase sekarang aku ngan bandmate aku okay.. Untuk band kitorang, kitorang tengah siap kan 1st single. Tak lame lagi siap la kuttt. Insya-Allah.. :)

Friday, February 4, 2011

School Holidayy!

Assalamualaikum W.B.T

Seperti yang korang sedia maklum, hampir sebulan aku tidak update kan blog rasmi aku ni. Memang banyak keje wokk, busy gilerrrr!! :D. Yelaaa, cuti pun macam tak cuti kan, g sane la sini laaa. Citu pun tinggal berbaki 2 hari dari sekarang.. Sekejap nye la rase nye. 

Bile cuti sekolah memang banyak la homework, tu yang memang adat bersekolah. Alhamdulillah kesemua *yang aku ingt je dah siap KECUALI muet. Hahaha.. Malas gilenye sangat nak buat muet tu. Adoiiii, nak kene bace 5 kali baru la paham ape die nak, tu pun if paham. If tak duk melangop jela sambil menikmati muzik yang kedengaran kat halwa telinga ni haaa.. B.Melayu dah siap, Geogggg ade tak ey? Hurmmm.. Pp? Adoiiii, macam ade je Pn Jamilah bagi latihan bout akta. Weiii korang, pening ouh nak hafal akta akta ni.. Pastu banyak cabang lagi pulok tu. Takpela, namenye pun belajar kan.. :)

Hari isnin yang lalu bersamaan dengan 31 januari 2011/26 safar 1432 kitorang 6a5 konvoi g bagan woooo.. Tapi kurang best sebab cik ira kesanyangan aku tak dapat ikut.. HUwaaaaa!!! :((. Takpelaaa, hari lain kite jumpe lagi ey yang.. Huhhu. Macam macam aktiviti kitorang buat kat sane, main bola laaa.. BBQ! :D, mandi mandi, mancing mancing. Haaaa.. Aku rase last aku mandi pantai time aku darjah 6 kuttt. Sekarang dah tingkatan 6. Yoo! sangat lame tempoh mase tu. hohho.. *if nak tgk pic kat fb la eyy..:D

Macam mane dengan cuti korang? Mesti lgi best kan? Hurmmm.. Okaylaaa, malas nak update panjang panjang, ketandusan idea dah ni. Hahaha.. *mcm mane nk jwb exam nnti tk thu nak buat essay. Hahaha.. Okay laaa. Bubbye kalian. Assalamualaikum. :)