Thursday, December 16, 2010

Helo?

Assalamualaikum W.B.T..

Helo? Hahha, act takde kene mngena pun dengan ape yang aku nak cehgita kat anda semua niii.. :P. Sebab ape aku kasi title helo nak tahu tak? Meh sini duk rapat kak oiii², apa la bagi ruang.. Setan duduk naaa. Okay sudah!.

Tadi aku on FB, tengok tengok binik aku *eceh!, sabar myrull.. Belum lgii. Hehhe.. die post kat wall aku die kate 'helo?' ehh, tak². Die type.. Hohho. Aku pun balas laaa 'halo?'. Hahha, ngeng la kau ni myrull.. :D. Errr ni baru mukadimah jeee..

Kite masuk ke tujuan penulisan yang sebenar, hari ni 16 Disember 2010. Hari yang slalu laaa aku ingat.. Sebab date laaa tarikh pengisytiharan 'myrul & ira' menjadi pasangan kekasih secara rasminya! hehhee.. Yaaa, time tu aku ingat lagi 16 mei 2010 waktu aku duk kat kem Paya Indah, pada jam 1950H lebih kurang nya, dengan tak malu,hilangkan perasaan takut tu semua dengan menyatakan perasaan yang tersimpan dalam hati beserta pertanyaan sekali.. Korang tak payah tahu la eyy ape soalan tu. hehhe P&C.. :P

Korang nak tahu tak macam mane aku boleh jumpe Shakirah Binti Haji Mohamad Yusof? haaaa.. Terima kasih banyak² kat atok yang telah banyak berjasa, jasa atuk susah saya nak balas tok. Huuuu.. Terima kasih banyak² tu sebab setiap kali saya balik umah atok je mesti atok suruh nenek masak bagi bagi saya makan biar perut saya kenyang. ILOVEYOU atok!!! Act aku jumpe ira ni mase tengah duk gila layan myspace. Tah macam mane tah aku boleh jumpe ira pun tak tahu.. Aku suke add je sape². Hahha..

Bile dah add, die pun apprve laaa. Oleh kerana sikap ira ni yang tak sombong, tiap kali aku komen die,die reply.. Macam tula seterusnyaaa. *nak tahu tak dalam hati aku cakap ape? 'ni ade chance na ngurat ni' Hahha.. Aku tengok gambar² diaa, COMEL jugak die ni. Heeee.. :D. Aku pun makin berinterested nak makin rapat ngan diaaa. 

Borak punye borak punye ceritaa? laaaa.. Dia pun budak usahawan jugak laaa. Aku pun tanye la lagi mane die tinggal sekolah mane ape sume la kan! Heee :D. *gatal laa aku ni. Hubungan kitorang pun makin rapat, hampir setiap petang YM same². Aku ni dahlaa jenis yang loyar burok, die pun layannn~ ade je cerita yang nak d ceritakan nya.. Hahha. Best la time tuuu, nak ulang balik boleh? huuu..

Sampai la 1hri ni aku nak mintak no fon die, fuwaaaa! kene main teka² dulu wooo, Punye la susah nak mintak. Tapi alhamdulillah, hasil kerja keras aku dapat la jugak! :D.Yang sadis nya? Die bagi salah nombor laaa, huhu. Sampai hati you kan.. :(. Bile dah dapat tu ape lagi, SMS la pulakkk. Tak puas YM tadi kannn.. HAHHA. 

Tapi, hubungan kitorang makin renggang.. Yaaa, makin renggang sebab aku dapat tahu somethng. Tak perlu tahu la yaa.. Biar jadi rahsia antara aku dan dia :). Dalam mase tu aku makin lupe sejenak perasaan aku kat diaa, dan pergi mancari pengalaman hidup agar aku dapat jadi yang lebih baik.

Tapi lama kelamaan ira datang balik dalam hidup aku, dan kenangan yang lalu makin lupus dalam ingatan aku.. Yaaa, Allah kirim kan ira agar buat hidup aku lebih bahagia. Yaaa, dari situ laa ingatan aku kat ira kembali, daripada perasaan sayang sebagai seorang kawan menjadi cinta sebagai seorang kekasih. Alhamdulillah hubungan kami menjadi semakin rapat.. Aku sangat berharap Shakirah Binti Haji Mohamad Yusof adalah jodoh yang Allah kirimkan untuk aku. Aku sayang dia, aku cinta diaa! Tapi cinta terhadap Allah S.W.T adalah sangat suci dan kekal.. Aku tahu tuu.

Aku mohon hubungan ni kekal hingga ke jinjang pelamin, kekal hingga ke anak cucu, kekal hingga akhirat dan kekal hingga ke syurga.. Amin..

EH! lupe nak cakap! Hari ni dah 7 bulan kami bersamaa!! :). I LOVE YOU SAYANGG! I LOVE YOU SOOO BLOODY MUCHHH!!!!

*Aku mintak maaf pada sape yang tu suke or menyampah aku post entry ni. Aku paham mesti ade yang cakap aku ni poyo la, nak menunjuk la ape laa. Tapi aku just nak cerita jee.. :). Dan cerita ni pun sudah d ringkas kan. If nak cerita betul² penat deh nak taip. Hohho.. Okay la kawan², papaiii.. Assalamualaikum.


Monday, December 13, 2010

Buletin Ringkas.

Assalamualaikum W.B.T.. :)

Ape kabar anda semuaa? Mesti korang sume duk ternanti nanti kan bile laaaa myrul nak update blog ni. Hahha.. Kan kan kan? :P. Yuppp! Sekarang aku dah update.. Hehhe. Aku sekarang tengah busy keje la nyah. Pegi pagi balik petang, balik petang pegi pagi.. Adoiii. Takpe laaa, nak carik rezeki kan. Nak kumpul duit nak kawin lgi nanti.. Heee :D. Jangan mara aaaa.. Yupp, tu Insya-Allah sampai mase nanti terkumpul jugak. Aminnn!. Sekarang aku tengah pumpam² carik duit sebab aku nak setelkan 3 benda ni. 1st aku nak bayar yuran sekolah.. Ade la dalam Rm3++. 2nd Aku ber cita² nak beli hp baru.. Hp aku dah gonjol woooo! Saket ati jeee. baru 3 tahun aku gunee :(. 3rd aku nak beli spec baru. Spec lame dh pecah mase langgar pintu kelas aritu. Hahha..

Korang pun doakan la ey moga² hasrat aku ni tercapai. Amin.. :). Nak bayar yuran sekolah banyak wooo, takkan sik nak mintak mak aku jee, kesian pulakk.. Aku yang nak belajar kene la aku usaha sendiri, baru la semangat nak belajar kan if hasil dari titik peluh kite sendri yang kite bayar untuk kos pembiayaan  pembelajarn kite.. Tahun depan dah STPM woiii, sedar la sikit myrull.. huhhu.

Hp yang aku nak beli takde la hp mahal sangat, Nokia Xpress Music 5310 jee, Bagi aku hp perfect. Cukup ade mp3,kamera 2.0mp. Cukup! yang penting boleh mesej yang tercinta.. :D. Hp aku yang Xpress Music 5300 tu dah bape kali masuk kuar kedai, sik putus je reben dalam tuu.. Lame jugak la hp tu berkhidmat. Terima kasih yaa.. :)

Cermin mata baru? Insya-Allah.. :) Seperti yang semua budak low6 n guru² f6 tahu, Pada tanggal barape tah aku terlanggar pintu kelas sampai berdarah bawah mata aku.. Haaa, aku pun tak sedar macam mane aku boleh langgar, dah la petang tu ade date ngan siDia, hehhe.. Cukup lame die berkhidmat, ade la dalam 3tahun. Hohho.. Tapi nasib baik la aku masih simpan lagi spec dulu² tu. Hahha.. 

Kesimpulan nya d sini, aku ni jenis yang tak suke nak asik beli barang baru jeeee.. Aku suke gune barang tu dari 1st time aku beli sampai la dah tak bole gune.. N aku sangat hargai barang² tuu.. Okay laaa, aku nak mintak maaf if ade terkasar bahasa ke, terlebih cakap ke, ade yang buat korang semua terasa ke, aku mintak maaf yaaa. Bubbye semuaaa. Assalamualaikum. :)

Tuesday, November 30, 2010

MAHA 2010.

Assalamualaikum W.B.T


Lame sudah agak nye aku melupakan seketika blog aku ni kan? Sekarang aku fokus bukak kedai la weiii, kedai cake. Meh la datang :P.. Okay la, kite start story ey. Semalam aku ngan ayen g pameran MAHA kat UPM serdang tuu, Mule² plan nak g nek kete kancil merah turbo L2 yang slalu aku bawak g sekolah tu.. hehhe :D. Tapi last minit akak aku cakap die nak pakai kete. Adoiii.. So, pegi la naik moto.


Oleh kerana perginya aku yang ride. Sambil otw tu aku pikir nak lalu mane, sebab aku tk thu jalan nak kesana. Abah aku cakap jalan nak g mines.. Haaaa, aku pun meluru jela jalan nak ke mines. Tgh syok² ride smbil nyanyi² tetiba nampak signboard UPM, aku pun dh lega bagi signal kiri masuk simpang tuu.. 


Masuk je simpang tu nah! Bederet kete, jammed panjang gile wooo! Mujur la aku  tk naik kete. Hahhaha.. Aku pun tanpa segan silu la dok p mencilok-cilok di celah² kete tu sume. Ade 1 kete g himpit kitorng, perghh!! nasib baik tk jth weiii,dh ke rumput dah kitorang, rumput tu dh la basah, licin pulak tuu.. Nasib baik la aku dapat kawal moto. Aishhh!! mentang² la aku naik moto.. 


Tak lama kemudian sampai la ke destinasi yang dituju. Ramai gile woooo!!! Kitorang pun start la perjalanan kitorang menjelajah melihat Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show. :) Kat bawah ni gambar² yang sempat aku hambik mase kat sane..


*nangka ni bapak besaaa!!

1st time aku nampak betik besa mcm ni. Hahha

Ubi ni pun besa jugak, untuk pameran.

Laman 1malaysia yang di gubah sekolah mane tah.

Gerai jualan.


Nangka ni makan 1 family pun tk habis seminggu. Hahha.


Okay laa, penat dah kitorang jalan², tengok cuaca pun mendung. Kitorang segeralah pulang sebelum nanti kebasahan di tengah jalanan. Balik pun Jammed jugak! Atoiiii.. Tapi Alhamdulillah kami selamat sampai rumah. :)

Wednesday, November 24, 2010

Muda.

Tamatlah zaman persekolahan
Masih dihantui memori
Waktu kecil waktu yang gemilang
Oh Tuhan ku tak mahu pergi

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

Tak lupa pelbagai peristiwa
Waktu pergi mengaji
Ponteng kerana ku macam tak biasa
Hoo..oo..

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya..



Assalamualaikum semuaaa :).


Korang yang tak pernah tahu mesti la duk menanya kat diri korang, 'ni lagu ke ape benda ni?' Haaaa.. Ni lagu laaa yang berjudul MUDA. Bile ingat lirik lagu mesti laaa aku duk teringat mase aku kecik² duluu.. Aku ni dulu geng bukan nye ramai pun mase kecik², ade 3 orang je geng rapat aku iaitu Usop ngan Ibon, dengan mereka ni la kitorang g mane same². Tiap pagi aku mesti pegi umah ibon g kejut kan die yang tengah lena d buai mimpi. Hahha. mane tak nye, 0730H kan masih pagi lagi.. Mak die dah serah kan kuasa kat tangan aku untuk kejutkan die membangun kan diri die.


Tak lame tu baru la Usop datang, ibon pun pegi la mandi.. penah jugak kadang² kitorang breakfast kat umah ibon. *tak malu kan kitorang. HAHHA.. Bialaa, rezeki kan jangan di tolak, rugi nanti. Hohho.. Dalam mase tu, kitorang plan dulu hari ini nak buat ape. Dari situ la tercetus nya nak g dengkil naik basikal laaa, g bukit changgang naik basikal laaa. Okay laaa, sume pun setuju dengan cadangan yang mungkin ditaja oleh bernas. :P.. 


Dah penat kayuh basikal jauh² time nak balik mesti singgah lombong Paya Indah. AIR BIRU BEB WA CAKAP LUUU!! dengan tak thu sejarah kisah silam tempat tu pun kitorang terjun kolam @ lombong tuu.. Syokk gileee, nak kate air dalam takde la dalam sangat. Biase² jelaaa. hohho.. Kat sini jugak la aku belajar berenang, *sekarang boleh sikit² :). Dah berapa kali jugak laa kitorang mandi kat sini. 


Pastu korang nak thu ape jadi? Haaaa.. Mase kenduri kat umah atok gua *4 tahun yang lepas  bile aku bangun tido jee hambekk.. Tangan,kaki,badan aku sume nye rase kejang tak boleh nak gerak² langsung, atok pun datang la kan tengok. Korang nak thu die buat ape? Haaaa, die suh nenek g ambik air dalam cawan, dan ape ayat tah yang d bace nye.  Ambik sikit, sapu kat badan aku n yang lebih nya tu dia suh aku minum, sebelum nak minum tu die suh aku selawat 3x baru la minum.


Bile dah okay atok tanye, 'sebelum ni kau buat ape?' aku pun jawab laaa 'blablablablaaaa'. Dan atok cakap, 'besok kau campak seluar yang kau buat mandi tu kat tempat yang kau mandi. Kalau kene lagi macam ni, pegi lagi tempat tu campak duit seringgit syiling.' Keesokan harinya pun aku bersama Ayahanda tercinta pun pergi tempat kejadian. Pastu korang nak tahu abah aku cakap ape? 'dulu kan kat situ*sambil die tunjuk tempat tu ade orang mati. Aku pun tanye laaa sebab ape. Abah cakap, 'mase die campak jala die, jala tu tesangkut kat kaki die. Tu yang dengan die² masuk skali dalam tu'. 


Bile aku dengar abah cakap macam tu, aku tobat tanak mandi lombong lagi dah. Alhamdulillah sampai sekarang aku sihat walafiat. :).. Selalunye pun if tak mndi lombong, jalan² kitorang duk lepak kat dalam kebun tebu milik jiran selang dua rumah jiran aku. Kenyang beb kitorang makan tebu tu, sebatang² kitorang patah kan. Hahahah... Sampai la satu hari ni kitorang kantoi, Adoiiiiii. Lintang pukang lari. Hahhaaha.. Bile balik rumah, pikir² balik macam kesian je kat abang along *pemilik kebun tebu tadi dah tanam penat² aku duk mengabiskan nye. Huuuu.. Tergerak la pulak hati nak mintak maaf. Alhamdulillah la abang along ni Okay.. :)


Tulaaaa, korang sume pun mesti banyak kenangan manis mase kecik² dulu kan. Bile teringat rase seronok je. Enjoy ngan kawan², jalan sane jalan sini. Tapi bile dh besa² ni masing² dh berpecah, tak dapat macam dulu lagi dah. :( . Rindu gile time panjat pokok, jalan² naik basikal, makan same², g mane² sume same². Kan best if waktu boleh di putarkan balik, Tapi tak boleh kan. Kite dah ade haluan masing²... Yang aku sambung belajar Ting 6, yang ibon sekarang dah jadi usahwan lembu dah. *sape² yang nak lembu **beli eyy, bukan mintak boleh laa contact ibon ni. Yang usop pulak sekarang jadi maintenance kat hotel mane tah, lupe aku. Dah lame tak jumpe korang weeiiii... Huuuu. 


Okay laa, sampai d sini sahaja la cerita saya pada petang ni. Bubbye semuaaaa... Selamat petang. :)

Sunday, November 21, 2010

tQ dear. :)

Assalamualaikum W.B.T.

Seperti yang anda semua sedia maklum.. Lihat di atas. Header baru yooo! :D. Terima Kasih kepada Shakirah Binti Haji Mohamad Yusof kerana telah bersusah payah menghasil kan header untuk blog boyfie nye. Terima Kasih yang tak terhinggaa! tQ sayanggg.. :) *nanti saya belanja awak makan aiskrim malaysia eyy? kite share nnti, baru berkat. Hehhe

*i love you sooooo much sayaanggg! 

Saturday, November 20, 2010

Perkhemahan Kadet Polis. (part 2)

Assalamualaikum semuaa :).


Haaaa. meh kite sambung cerita meh, kesian btl korang, sik tertanya tanya je ape tu 'no more nightmare' kan? hahaha.. bukan nye apun.. Hahha. Kan pada jam 0200H kitorang duk gegar khemah dirg, nak main benda tu laaaa. Hahhaa. kesian gile aku tgk dirg, ade yang sempat tido lgi mase tklmt modul tu, hampeh btl korang ni. 


No more nightmare tu, kitorang bawak adik² bejalan kat tgh gelap sambil la tutup mata dirg tu. Serius, ade yang nangis, melalak mcm ape tah. Yang para fasilitator nye pulak mengeluarkan bunyi bunyian yang boleh menegakkan bulu roma para setiap pendengar nya. Apa lagi makin kuat la budak² tu jerit. Hahha.. Klaka². Aku yang menengok nye pun gelak puas² smbl garu perut! *korang cube bayang kan. hahha. Kitorang tak main lame sgt pun bnde tu, dlm 30minutes je. Takut jugak if ape² jgi nnti, alhamdulillah tkde perkara buruk yang berlaku. Sebelum tu pun kitorang dah ingat kan kat adik² tu wudu' dulu and bace surah 3 qul.. Alhamdulillah la sumenye selamat. :) kitorang tido dalam 0330H mcm tulaa. Gud nite :)


15 November 2010.


Pagi² jam 0600H dirg sume. *awal gile korang bangun weiii.. Hahha. Mandi n solat subuh. Dalam jam 0700H ade PT. Ape tu PT? Physical Training laaa. Prasupport,PT10. Sume nye dalam genggaman aku. Hahha. Sori dik, abang buat ni sume bia otot² adik makin kuat macam malik noor. huwahaha. Menggigil gigil ha tangan dirg bile suh pumping. After PT, sarapan pagi yang menyelerakan. Nyum nyummm! *padahal makan nasik goreng je. Bersyukur la ape yang ade ye dik :).


After sarapan adik² kite ni duk bekawad kat tengah panas. Kesian mereka. Aku macam biase laa, duk bawah pokok. Nak ajr bdk² ni aku tak reti kawad polis,if kawad tentera aku tahu laaa. *psst² aku menang naib johan tau pertandingan kawad mase kat kem dulu. hehhe.. Bekawad saaaaampai la jam 1045H. Then dirg g minum sampai jam 1100H. Lepas tu pertandingan kawad pulak, macam² laaaa. dirg ni dah naik muak asik duk kaaaaawad je. *muke masing² macam bunkface! dah. hahha.. 


Petang pulak ade bukak pasang senjata. Senjata yang di rabak kan oleh kami adalah m16 yang di bawakan khas daripada IPD Banting. Alaaa, kan ade yang bru buat tuu, besa gileee wa cakap sama luuu!! Habis je Tuan tu mengajar, mule la sesi bergambar bersama m16 cik kiah oiiii.. Tuan tu cakap, jangan halakan muncung senjata tu kat orang. Aku ingat lagi mase kat kem dulu. Sarjan tentera darat ni cakap, 'INGAT! senjata ni berpuaka, jangan pernah sesekali halakan muncung depan dekat rakan² kamu walaupun takda peluru pahamm! benda ni pernah berlaku. Tu yang aku agak cuak nak pegang tu. hahhaa..


Belah malam pulak, malam yang di nanti nanti iaitu 'Malam Kebudayaan'. Sebanyak 5 kumpulan yang telah membuat persembahan. Hanya 3 sahaja yang dipilih sebagai pemenang. Dik, persembahan korang biase je dik, takde yang luar biase pun *jahat tak aku ni? hahha.. Habis malam kebudayaan, sementara menunggu BBQ siap d masak, Aku bersama band mate aku yang lain pun menghibur kan lah adik² yang sedang kengantukan dengan hiburan kami yang memukau tu. Hahaha.. Punye la lame kitorang tunggu BBQ tu masak, tetiba jeeee... 


*nak tahu kisah selanjutnya? haaa. tunggu Perkhemahan Kadet Polis (part3). Part 3 juga akan d muat naik kan gambar² yang berkaitan dengan Perkhemahan. Terima kasih kerana sudi membaca. Bubbye! Assalamualaikum :)

Thursday, November 18, 2010

Perkehemahan Kadet Polis. :)

hoi hoiiii!! Assalamualaikum semuaaa. :)


Okay hari ni kita nak belajar cara² nak masak kuey teow goreng kering ye adik². Mula² kite masukkan kuaci bersama dodol then kite masukkan tauhu sumbat bersama daun kesom. N kite celup kan kat dalam air rebusan sotong. Okay siap! sedia untuk d hidang.. :)


Hari Ahad sehingga hari selasa yang lepas iaitu 14,15 dan 16 NOVEMBER 2010 telah berlangsung nye Perkhemahan Kadet Polis peringkat sekolah yang dianggotai oleh sekumpulan mat rempit eh salah! sekumpulan pelajar dari SMK Sungai Manggis.. Macam biase la, abang² n kakak form6 jugak yang kene handle majlis ni. Mule² nak buat kem ni pun pening jugak discuss² ni, ape aktiviti nak buat, macam mane nak handle budak² yang masih lagi BUDAK-BUDAK HEHHE! :D. 


14 November 2010.


Hari 1st datang je pagi² tu kire aku kire orang yang lambat jugak laaa. hahha. Budak sume dah kumpul kat kantin aku baru la sampai dengan memandu drift car kepunyaan ayahanda tercinta den. *bile aku masuk sekolah je semua pandang wokkk!! hahaha. Aku turun kete je nampak laaa geng aku yang lain sedang menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh mak cik kantin SDN BHD. Dalam jam 1000H pendaftaran sume dh setel, acara pembukaan bermula iaitu KAWAD KAKI yang di pimpin oleh saudara rahim@ Sub-Inspektor.


Habis kawad je, sesi taklimat dan 'ice breaking'. Sesi taklimat di uruskan oleh ustaz Najhan dan sesi 'ice breaking' pulaaaa.. haaaa. Kitorang laaaa sape lgi. hahha, Aku as Ketua Fasilitator punye la mati akal tak tahu nak cakap ape bile tgk budak² ni macam takde feel, macam bongok² je bile aku buat satu game ni. Nasib baik laa cikgu isma yang spoting,cool,rilek,tampan,cantik,bergaya ni ade tolong handle kan budak² ni. Okay, tiba la mase nak bagi² kump ni haa. Agak blurr sikit la dirg ni bile aku suh duk carik tarikh lahir, tanda lahir pulak d carik nye. Apolaa, penat jugak aku duk tenghang² last² paham la jugak dan membentuk 5 buah kump. Kump 1 yang d bimbing oleh balan @ Abang B, Kump 2 d bimbing oleh Ayen @ Abang Hang, Kump 3 Nana @ Akak comel, Kump 4 Rahim @ abang rem n kump 5 Nazri @ abang naz. Ogy as penolong aku je. hehhe. 


Petang tu budak² ni belajar bace kompas yang d ajar oleh Rahim @ Abang rem, macam biase laa, Fasi yang lain duk tido kat atas bilik yang berhawa dingin. hehhe. *sori broo. Aku pun tak tahu paham ke tak paham budak² tu, aku tengok muke masing² blurr jee. HAHHA. Bile dh khatam bace kompas, ade pulak Pra-malam kebudayaan. Malam kebudayaan kitorang bertemakan 'LOGHAT' tak kire la penang ka, jowo, sabah n sarawak, nogoghi, kelate ko, macam² jenis longhat kuar dh time ni. Aku duk geeeeelak je tgk budak² ni. hahha. Habis je pra-Malam kebudayaan tu dirg solat na makann n tunggu solat maghrib.


Malam tu pulak sambung lagi duk buat persiapan untuk malam kebudayaan. dirg pun tido dalam 2330H. Begitu la lebih kurang nya.. Kitorang suruh tido cepat sebab mereka akan di kejutkan pada 0200H kerana ade satu modul yang akan mereka habis kan iaitu 'no more nightmaree!!' nak tahu ape tu no more nightmare? haaaaa. tunggu entry yang akan datang.. bubbye semuaaa. Assalamulaikum :)

Tuesday, November 16, 2010

Today !

Assalamualaikum W.B.T kepada semua saudara dan saudari. :)


Today is Tuesday! Korang nak tahu sebab ape aku duk bangge² kan Tuesday ni? Haaaa. Tulaa korang, tak habis korek lagi ape yang ade kat blog gua ni. hehhe :D. Today 16 NOVEMBER 2010 adalah anniversary yang ke-6 bulan AMIRUL & SHAKIRAH dengan secara rasmi dan official nya kami declare.. hehhe. 


Even banyak cabaran, rintangan dan halangan dalam menempuh liku² percintaan ni, Alhamdulilah kami masih tetap bertahan hingga kehari ini. :) Doakan kami berkekalan hingga ke akhir hayat ey, doakan kami juga untuk capai impian kami nak naik pelamin nanti. Insya-Allah aku invite korang sumee dun wory. :)


I LOVE YOU SOOOO BLODY MUCHHH SHAKIRAH BINTI HAJI MOHAMAD YUSOF! I LOVE YOUUU!!!


                                                *Hehhe. I love you laaaa!


Sori, penat laa nak taip panjang². Masih rase lagi kepenatan nye lagi ni. *baru blk kem laa.. Untuk next post ni Insya-Allah aku cerita detik² sewaktu perjalanan Perkhemahan Kadet Polis Peringkat Sekolah 2010 eyy.. :)


Chop²! Selamat hari raya AidilAdha yaaa! :)

Friday, November 12, 2010

Cukup Indah.

Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu


Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai.







Mula² aku dengar lagu ni macam bosan je. tapi bile lame² okay la pulakk. hehhe :). Nak thu tak? Lagu ni untuk SHAKIRAH BINTI HAJI MOHAMAD YUSOF! ILOVEYOUSOOOOOMUCHSAYANGGG!!! 

Thursday, November 11, 2010

Spontan.

Hahahahhahahahahha.... Gelak gelak. hahahahahhaa...
Assalamualaikum semuaaa :).
Tadi aku dengan adinda kesayanganku tengok sponton on You Tube! Sakit jugak perut aku duk gelak td. hahahahhahahaa.... Kelaka weiii! Begegar otak aku d buat nye td. Bagai tak mahu aku gelak tadi. Yang mak aku pulak muke macam takde perasaan je. Huuuu. *mak, meh la gelak same same. huuu.. Okay la! Korang layan video kat bawah ni ey. Heheh. Adiosss!


http://www.youtube.com/watch?v=gnRVGBCL8QU

Wednesday, November 10, 2010

PRANK memPRANK.

Yaa! Itu lah yang bermain dan permainan yang Rahim,Nazri,Ogy dan sekarang dah tambah lgi sorang ahli bru. Ayen. hahha.. Kisah nye mule macam nii.. Eh² lupe nak bagi salam. Assalamualaikum sumee :), korang sihat? sihat kan? Alhamdulillah :).. Hope korang semua berbahagia disamping orang tersayang ey. Tak kira la mak, abah, pacik, macik, atok, nenek, pakwe, makwe, adik, abang, kakak sume laa ey. Jap², macam dh lari topik je ni. hahha..


Soryy, tdi tu mukadimah je. hehhe.. Kitorang memang rapat dari dulu sampai la sekarang, bab kene mngenekan ni memang dh biase dh bgi kitorang. hahha.. Kalau tanye cikgu, kenal tak rahim, kenal ta apek, haaa.. mesti jwb nye kenal sangat. Kitorang jugak la selamatkan Uncle yg mesin rumput kat padang dulu, kesian gile wooo uncle tu sampai pengsan². Korang bayangkan laa tangah mesin rumput yg tumbuh meliar kat padang tu tetiba je jatuh pitam dalam keadaan mesin tu masih hidup.. 


Nasib baik la kitorang cepat selamatkan die, kalau tak tak tahu la ape jdi kat uncle tu.. Mase kitorang nak selamatkan die pun die macam tk sedar, Punye ramai yang berkerumun kat situ, ogy terus lari panggil sir Shan (Guru MUET kami). Haaaa, time tu punye la kecoh sampai semua cikgu, Form6 dan guru sekolah tengah pun turun padang. Sir Shan pun bwk la uncle ni kat tempat redup. Bile die sedar je, die pun tanye kenape? Fuwaaaa.. Siap die usap² lgi tu luka kat kepala die tuuu.. Grrrrr.. Ngeri aku tengok.


Berbalik pula pada PRANK memPRANK ni. Isnin yang lepas 08 November 2010 aku telah di prank oleh Ogy, Nazri, Rahim dan Ayen.. Pergghhhh! sonok korang prank aku kan.. ikat aku gune langsir, ikat kat tingkap, pastu gelak².. HAHAHA.. Ngeng!. Pastu dirg ikat aku yang dh jdi macam bintang korang bla macam tu je kan, pastu datang balik bawak hp yang ade kamera *tk thu mane rembatnye snap pic aku banyak². Nasib baik la apil g bukak ikatan tu, kalau tk habis la aku kene gigit ngan kerengga gergasi yang ade kat 6b5 tu. hahha


moral of the story is, jangan sesekali kita membuli orang atau pun bergurau OVER gituu.. :P. Korang akan kene balik di kemudian hari, tak besok lusa, tk lusa tulat, tak tulat telat, tak telat tolat, tak tolat ape lgi eyy? korang pandai pandai la pikir eyyy.. Sisipkan pesanan buat rakan² sekalian. Assalamualaikum :)

Tuesday, November 9, 2010

Assalamualaikum korangg  :)

Lame tk dgr kabar berita korang? Hehhe.. Okay la nk story ni, sabtu malam yang lepas aku n gang² aku pegi Nite Jam kat I-City Shah Alam gituuu.. Haaa. Siang tu aku text dirg, langung takde respon ouhh. Sakai gila korang, dlm pkl 1400H macam tu laa kutt, bru la sorang² respon. *Time aku dh ngantok la korang nak reply mesej aku kan. Deal punye deal punye deal aku cakap kat diaorang sume ‘Kite gerak 1700H la ey’ okay sume pun setuju. Pastu aku pun tido laa, sebelum tu tepun yang tercinta dulu.. hehhe. ‘miss you la sayanggg :(’.

Dalam 1630H aku pun terjaga, bangun je terus g mandi pas mandi solat asar  and terus bersiap. Dah siap sume aku makan jap, *perut lapar laaa.. huuu. Errrgghhh! Alhamdulillah, kenyang dh :D. Aku kuar rumah dalam 1700H. Cakap dengan dirg waktu ni aku sampai. Hahha.. peduli hape aku. Sampai² je rumah rahim aku Nampak rahim pakai baju Melayuu? Fuwaaa!! Hebat budak nii.. **sempat la jugak aku perli die sampai die melecet. Hahha..  Nak tunggu die siap lagi, last² 1820H baru la gerak, aku bajet sampai sane magrib.

Mase OTW kitorang pun borak² laa, aku time tu macam tak happy je, tak sehappy n seenjoy dirg. Aku pun cube la layan jugak. Bile dah Nampak je lampu² yang ade kat I-City tu aku tengok jam 1900H dah masuk magrib kan? Aku pun berhenti la kat shell depan I-City tu solat magrib dulu. *korang nak thu tak? Time tengah solat tu tetiba ade bau KFC wooo! Hahha. Ya Allah kuatkan lah Iman aku Ya Allah..

After solat tu kitorang pun teruskan la perjalan masuk i-City tu. Punye ramai wa cakap luuu! Dh la nak masuk mahal RM10 per car. Perghhh! Mase tu ku masuk baru RM2 je bro, alasan die sebab ape mahal die cakap weekend. Mase tu pun aku masuk malam minggu jugak derr.. Nak tk nak kene la bayar la jugak. Huuu..

Carik parking punye carik last² aku paking je kat tepi tembok tu je. Hahha.. peduli la orang nak cakap ape, dh memang paking full. Pastu kene jalan kaki g carik stage nye pulak, stage nye pun aku tak tahu kat mane, ogy cakap kat bawah bukit tu. Kitorang pun jalan la tengok.. Yess! Betul la tu stage nye. Time kitorang sampai tu masih dengar celoteh dari sape tu, crew jalan² die tu. Hahha *sori lupe ape name crew korang..

Time tu aku dah rase bosan, macam nak balik jeeee.. dalam pukul 2030 kutt konsert start, serius bosan gilerrr wokkk! Aku nak balikk, If aku sorang je time tu memang aku dh balik, tapi lgi 3 ekor tu nak balik naik ape pulak if aku balik. Layan jela artis² yang perform time tu.. Act aku pun bukan nye ye ye sangat nak pegi, aku pegi bukan nye nak enjoy pun. Aku busan duk umah, sik duk umah je. Family aku pun sume g balik kampong..

Aku tengok dirg enjoy je, aku macam ‘nothing’ aku berdiri macam tunggul je, dah la hujan pulak.. Aduish, lgi buat aku rase nak balik. Tapi aku tengok rahim ngan iwan still jugak layan feel mase black nyanyi lagu Sofea Jane Sampai la HUJAN yang perform. HUJAN band last yang perfom juga penutup Konsert malam tu. Mase HUJAN tu aku ade la jgk layan sebab HUJAN memang best, dari dulu main kat orang kawin sampai la sekarang main konsert, memang aku folo je perkembangan nye. Hehhe

Okay nak balik dah. Mase OTW balik tu aku dok pikir, knape aku pegi konsert ni ey? Ape aku dapat? Lain la if aku yang perform malam tu. Sedang kan aku bukan nye enjoy pun.. Aku asyik terpikir je, time² macam ni aku slalu duk umah dengan family, tengok tv same² gelak². Aku nak nangis pulak rasenye.. Tapi aku tahan je sebab ogy duk sebelah aku, malu la if die Nampak aku nagis. Heeee :D

Act dulu aku rajin sangat g gig la konsert laa, time tu aku pikir nak enjoy je. Lagipun sepanjang mase aku busan, tkde sape nak ambik berat tentang aku, tkde sape nak tanye aku buat ape, tanye dh mkn blm, sihat ke tak, nak pegi mane.. Bile aku nak kuar aku cakap kat mak nak kuar je. Mak pun belum sempat nak tanye nak g mane aku dh cabut. Korang bayangkan, lagi seminggu nak SPM aku boleh lgi pegi gig kat Capsquare,KL padahal membe² aku kat umah dok study bagai nak rak, aku g enjoy. Dah la aku g sorang naik moto dengan berpandukan sign board kat tepi jalan plus dalam wallet ade RM5 je.. 

Tapi sekarang tk macam dulu, aku dh berpunye. Mane aku pegi ape aku buat ade orang jage.. Mane aku pegi n ape aku buat aku kene bgthu die, Biar die thu if ade ape² jdi kat aku nanti die tahu. Aku nak selalu dengan die, aku tak nak kehilangan die. Die semangat aku, memang la laki ketua yang akan memimpin orang perempuan. Tapi lelaki perlukan perempuan untuk melengkapi hidupnye kan? Macam matahari perlukan bulan, malam perlukan siang, langit perlukan bumi. Macam tu jugak manusia, lelaki perlukan perempuan. Baru lah saling melengkapi antara satu sama lain..

Insya-Allah lepas ni aku akan cuba tk pergi and anything yang tak berpekdah macam ni, memang kita perlukan hiburan tapi tidak perlu la hiburan yang melampau kan? Duk rumah tengok kat tv lgi best kan? Aku perlu berubah, aku dh makin besar, makin dewasa, dh nak kawin pun. *eceh! Gatal! Hahha.. tk kan tk puas² lagi enjoy dulu myrull..

Pagi tu aku sampai rumah 0130H, konsert nye habis pun dh 0000H something like dat laa. Balik tu aku basuh kepala, solat isya’ and solat sunat istikharah, taubat and hajat sekali. Baru la aku tido..


Artis yang perform :
- Ning Baizura
- Nico
- Black
- One Nation Emcess
- Shila
- Breakfast Band
- XPDC
- Azlan and Typewriter
- Monologue
- Atilia
- Spider
- HUJAN

*cerita ni bukan rekaan, tapi ni benar² pengalaman. Mane yang baik jadikan amalan, yang tidak baik tu kite ambik iktibar.. Bukan lah nak bongkak atau pun menunjuk nunjuk, sekadar berkongsi pengalaman.

Cable or Marble?

Assalamualaikum semuaa :)

Aku nk war² kepada anda dan korang dan kamu semua sekalian. Cable talipooon yang telah di curi itu telah di sambung semula oleh pihak yang berkenaan, dan dengar ceritanya pencuri cable talipooon tu telah di belasah teruk sehinggakan menjadi lembik dan tidak bermaya tubuh nya. *tulaaa, sape suh curikkk. Kan menyusahkan aku nk on9.. hehhe :D.

Okay laa, nk post bande ni jee. hahha byeee! :)

Friday, November 5, 2010

Vote Vote! :D

Senyuman Darimu. 

Ke sebut namamu dalam doaku
Ku mohon agar kau selalu ada disisiku
Ku tak sanggup tuk kehilanganmu
Walau kau sering tidak menentu
Namun aku masih tetep setia disisimu

Cintamu harum seharum kasturi
Cintamu manis semanis senyum mu
Ku ingin selalu disisimu
Mengubat duka dan sepimu


Usahlah kau pergi meninggalkanku sendiri
Ku tak ingin kau pergi dari sisiku
Tanpamu ku kan sendiri
Menjalani hari-hari yang bakal mendatang


Ku ingin lihat kau tersenyum 
Di kala kita kan bersua
Ku peluk erat oh tubuhmu
Meluah kan kasih dan sayangku.




Tolong  

Rindu bermain dalam hati
Selalu teringat waktu bersamamu
Setiap kali sepi merungkai hati
Di tengah kepekatan malam

Pernah terlintas dalam fikiranku
Memikirkan apa yang akan terjadi
Jika aku tidak dapat 
Kasih dan sayangmu
Tidak ku sanggup untuk meninggalkanmu
Walau sedetik masa ku ingat selalu

Tolonglah, bantulah oh kawan
Tolonglah, bantulah oh teman
Aku bingung memilih yang mana
Ku pasti cintaku hanya satu.  


Hai kawan-kawan! boleh tolong tak? korang pilih la antara dua ni ey, agak agak mane yang okay, Nanti korang komen ey. :) If tak okay, korang nk kutuk ke ape ke tk kisah. Yang penting ade feedback dari korang sume. tQ yaaa! bubbyee. Assalamualaikum :) 

Thursday, November 4, 2010

MYSPACE dan FACEBOOK.

Assalamualaikum korangggg.. :)

Myspace Dan Facebook. haaaa. meh sini aku nak berceritaa.. Myspace adalah ruangan saya kan? yaaa, seperti semua tahu myspace ade ruangan saya. *merepek jap. hahha. Act myspace ni la yang memperkenalkan aku about dunia networking ni. Korang caye tak? If tak caye dah,g tido sane.. Aku kan dulu aktif la jugak g kem sane sini kan mase tahun 2008, rajin beno sangat gila laa! Kem yang aku slalu pegi is Anjuran Permata, Khursus Usahawan Muda. *konon nak jadi usahawan la kan. hehhe :P

Setiap kali nk balik kitorng ade la tukar tukar profile kan, diaorang sume tanye ade Myspace tak? aku pun blurr la kan. hahha *kuno gileee.. Aku pun dengan selambe nye cakap la 'ape tu?' series, mmg aku tk thu pun ape bendenye tu myspace. Yang aku tahu dulu bile kat Uncle Google aku search hujan.org or bace paper, tu je yang aku tahu. hahha

Then bile balik rumah aku pun search la kat Uncle Google 'myspace' nahhhhh.. ntah ape benda tah. Aku pun click la Sign Up. Haiyakk! die mntk Email pulak. Sign Up la yahoo pulakk. huhhu.. Okay. Yahoo dah setel, kembali ke myspace. Isi punye la isi punye la isi, okay setel dah! aku click la home. waaaaaa! Verified la pulaakk. Buat la lgi sekali.. :((. *Psstt psst psst. Aku jumpe siDia di Myspace laaa. hehhe :D

Dah, tutup cite Myspace bout myspace. Bukak cite psl Facebook pulak ey. :) Act aku berFacebook ni bru je, dlm setengah tahun kuttt. So, banyak benda lagi aku tak tahu. Tolong bagi tunjuk ajar eyy, terima kasih korang.. :)

Cerita ni berbunyi begini.. Act aku dah penah buat facebook dulu,tapi aku tak tahu macam mane  *sadis kan? hahha. Last lupe paswrd. hohho.. Aku pun buat la bru. Mule mule memang aku tak thu pun mcm mane nk chat, tekan tekan jela sampai penat. Lama kelamalamaan baru la aku tahu mcm mane nk chat, nk add orang, nak mesej, nak post wall ape sume tu. hehhe..

Kesimpulannya, Bermain Facebook dan Myspace banyak perkara negatif dan posotif nye yang kite dapat. Yang positif? Yelaaa, kan kite chating add ramai ramai kawan kan? kite mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita, menambahkan lagi saudara kita sesama islam. Amin :). Yang negatif nye pulak? haaaa. korang pikir la sendiri la ey. :P Adiouss! bubbyeee..

Wednesday, November 3, 2010

Demi semua..

Assalamualaikum.. 


hye kawan² :P. hahha. mesti korang te tanye² kan sebab ape aku letak title post ni 'demi semua'? sebab demi korang la kan. haaaa.. meh sini aku nak bgthu. Rapat la lgi weiii.. ape la korang ni, dengan aku pun nk malu², mcm tk biase pulak kann. hehhe :D. Ade la sahabat² yang srh aku ni mengupdate penulisan aku yang suke merepek ni. Sori beb, aku ni tk brape suke mkn kerepek, if jual kerepek blh laa. Hohho.. Ceritanya berbunyi begini... *panjang btl la mukadimah nye kan. hahha. peduli hape aku, blog aku kan, aku punye suke laaa. :P


Petang tadi.. discuss punye discuss punye discuss. Finally ktrg buat la keputusan pegi jugak. 1st janji nk gerak pukul 1500H. Fuwaaaa!! aku macam malas je, series beb! malas gileee.. Okay laaa. aku pun dengan rela hati yang tak berapa nak rela cube la ilangkan malas nye.. tetiba dapat call. JENG! JENG! JENGGGGG!!!. Apun jwb laaa.[@#$%&^%$#@$@^^@%@$@^%%@$@$@^%@$@$@^**&@&^@%@&*] *PERBUALAN TALIFON TADI.. lepas je call tuu, aku decide la nk gerak jam 1430H. Diorang pun On je. Bile jam dah 1425H aku pun kuar la dari rumah menuju ke destinasi yang hendak d tuju. Bile Dah nak sampai, TENENET TEEEEEEETENENET! *bunyik mesej.. Isi nye berbunyi begini "wei, kau tnggu jap R bru nak mandi." seronok gile ble aku bace msj tuu, rase nk lompat² kegirangan je kat dalam kete tadi. HAHHA


Aku pun pegi la beli air jambu kat depan sekola lame aku tu. Bru je nak sedut air tu.. TENENET TEEEEEEETENENET! Ade mesej lgiiiii.. Adoiiii. kali ni bunyik nye mcm ni plk. "wei, kau kat mane? kitorang dah sampai ni." Aku pun buat bodo laa jela. KESIAN. hahha.. drive slow². bile aku dah sampai tempat yang d janjikan betul betul ouh diorang dah ade. hahha.. tulaa, sape suh menipu. :P. bonet depan kete si I ni pulak terangkat. Aku turun kete tanye la die "apsal derr?" die jwb "tah laa, tali nye kuat doe bunyik" *alternator bru la katakan. Aku jwb balik.. "dah² Jum gerak. Kami pun bergegas ke tempat ituu...


Bile sampai jeee. Si I bagi salam. Assalamualaikum... bro ni pun kluar. Nmpk ktrg je die dah snym² dah. hahha.. Okay la. Jum masuk. Dah masuk setup sume.. Okay setel dh. Tapi ni je mampu aku cakap. "TODAY MEMANG TERUK GILE! HANCUR GILAAAAAA!!"


Eh, jap². ape aku merapu merapu maraban ni. hahha.. Okay la. Selamat Malam semuaaaaa...  bubbyee! *mesti korang busan kan bace blog saya ni. huuuuu.. :(. Tapi aku tetap nk update selalu jugak! Bwekk! :P. *Jap².. tadi sidia call ouhhh. Suka².. heeee. 




Watak² dalam cerita ni :
> diaorang - Nazri
                 Ogy
                 Rahim
                 Iwan
> Bro - Bro yang jage studio
> Act kitorang g jamming tadi. hehhe. :D
> Sidia - Kekasih hati laaa. sape lagi

Tuesday, November 2, 2010

Assalamualaikum.

Oi oi!! Yeayey! myrul dh ade blog. hahha.. *sakai gile laa.
takde la. jeles ouhh.. aku slalu bace blog orang. Aku sendirik tkde blog untuk di bace..
Hari ni hari bersejarah weiiii.. 03th November 2010! tarikh aku menSign Up kn blog ni..
korang ingat tau! if Aku lupe nnti aku tanye korang. hohho :P.

Act takde ape yang nak di tulis kuttt.
Just mukadimah jee. hehhe.
okay laaa. bubbyee! 
Happy Deepavali. Vanakemm.. *betul tak eja ni? bedal laaa.