Thursday, November 18, 2010

Perkehemahan Kadet Polis. :)

hoi hoiiii!! Assalamualaikum semuaaa. :)


Okay hari ni kita nak belajar cara² nak masak kuey teow goreng kering ye adik². Mula² kite masukkan kuaci bersama dodol then kite masukkan tauhu sumbat bersama daun kesom. N kite celup kan kat dalam air rebusan sotong. Okay siap! sedia untuk d hidang.. :)


Hari Ahad sehingga hari selasa yang lepas iaitu 14,15 dan 16 NOVEMBER 2010 telah berlangsung nye Perkhemahan Kadet Polis peringkat sekolah yang dianggotai oleh sekumpulan mat rempit eh salah! sekumpulan pelajar dari SMK Sungai Manggis.. Macam biase la, abang² n kakak form6 jugak yang kene handle majlis ni. Mule² nak buat kem ni pun pening jugak discuss² ni, ape aktiviti nak buat, macam mane nak handle budak² yang masih lagi BUDAK-BUDAK HEHHE! :D. 


14 November 2010.


Hari 1st datang je pagi² tu kire aku kire orang yang lambat jugak laaa. hahha. Budak sume dah kumpul kat kantin aku baru la sampai dengan memandu drift car kepunyaan ayahanda tercinta den. *bile aku masuk sekolah je semua pandang wokkk!! hahaha. Aku turun kete je nampak laaa geng aku yang lain sedang menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh mak cik kantin SDN BHD. Dalam jam 1000H pendaftaran sume dh setel, acara pembukaan bermula iaitu KAWAD KAKI yang di pimpin oleh saudara rahim@ Sub-Inspektor.


Habis kawad je, sesi taklimat dan 'ice breaking'. Sesi taklimat di uruskan oleh ustaz Najhan dan sesi 'ice breaking' pulaaaa.. haaaa. Kitorang laaaa sape lgi. hahha, Aku as Ketua Fasilitator punye la mati akal tak tahu nak cakap ape bile tgk budak² ni macam takde feel, macam bongok² je bile aku buat satu game ni. Nasib baik laa cikgu isma yang spoting,cool,rilek,tampan,cantik,bergaya ni ade tolong handle kan budak² ni. Okay, tiba la mase nak bagi² kump ni haa. Agak blurr sikit la dirg ni bile aku suh duk carik tarikh lahir, tanda lahir pulak d carik nye. Apolaa, penat jugak aku duk tenghang² last² paham la jugak dan membentuk 5 buah kump. Kump 1 yang d bimbing oleh balan @ Abang B, Kump 2 d bimbing oleh Ayen @ Abang Hang, Kump 3 Nana @ Akak comel, Kump 4 Rahim @ abang rem n kump 5 Nazri @ abang naz. Ogy as penolong aku je. hehhe. 


Petang tu budak² ni belajar bace kompas yang d ajar oleh Rahim @ Abang rem, macam biase laa, Fasi yang lain duk tido kat atas bilik yang berhawa dingin. hehhe. *sori broo. Aku pun tak tahu paham ke tak paham budak² tu, aku tengok muke masing² blurr jee. HAHHA. Bile dh khatam bace kompas, ade pulak Pra-malam kebudayaan. Malam kebudayaan kitorang bertemakan 'LOGHAT' tak kire la penang ka, jowo, sabah n sarawak, nogoghi, kelate ko, macam² jenis longhat kuar dh time ni. Aku duk geeeeelak je tgk budak² ni. hahha. Habis je pra-Malam kebudayaan tu dirg solat na makann n tunggu solat maghrib.


Malam tu pulak sambung lagi duk buat persiapan untuk malam kebudayaan. dirg pun tido dalam 2330H. Begitu la lebih kurang nya.. Kitorang suruh tido cepat sebab mereka akan di kejutkan pada 0200H kerana ade satu modul yang akan mereka habis kan iaitu 'no more nightmaree!!' nak tahu ape tu no more nightmare? haaaaa. tunggu entry yang akan datang.. bubbye semuaaa. Assalamulaikum :)

3 comments: