Wednesday, November 24, 2010

Muda.

Tamatlah zaman persekolahan
Masih dihantui memori
Waktu kecil waktu yang gemilang
Oh Tuhan ku tak mahu pergi

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

Tak lupa pelbagai peristiwa
Waktu pergi mengaji
Ponteng kerana ku macam tak biasa
Hoo..oo..

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya..



Assalamualaikum semuaaa :).


Korang yang tak pernah tahu mesti la duk menanya kat diri korang, 'ni lagu ke ape benda ni?' Haaaa.. Ni lagu laaa yang berjudul MUDA. Bile ingat lirik lagu mesti laaa aku duk teringat mase aku kecik² duluu.. Aku ni dulu geng bukan nye ramai pun mase kecik², ade 3 orang je geng rapat aku iaitu Usop ngan Ibon, dengan mereka ni la kitorang g mane same². Tiap pagi aku mesti pegi umah ibon g kejut kan die yang tengah lena d buai mimpi. Hahha. mane tak nye, 0730H kan masih pagi lagi.. Mak die dah serah kan kuasa kat tangan aku untuk kejutkan die membangun kan diri die.


Tak lame tu baru la Usop datang, ibon pun pegi la mandi.. penah jugak kadang² kitorang breakfast kat umah ibon. *tak malu kan kitorang. HAHHA.. Bialaa, rezeki kan jangan di tolak, rugi nanti. Hohho.. Dalam mase tu, kitorang plan dulu hari ini nak buat ape. Dari situ la tercetus nya nak g dengkil naik basikal laaa, g bukit changgang naik basikal laaa. Okay laaa, sume pun setuju dengan cadangan yang mungkin ditaja oleh bernas. :P.. 


Dah penat kayuh basikal jauh² time nak balik mesti singgah lombong Paya Indah. AIR BIRU BEB WA CAKAP LUUU!! dengan tak thu sejarah kisah silam tempat tu pun kitorang terjun kolam @ lombong tuu.. Syokk gileee, nak kate air dalam takde la dalam sangat. Biase² jelaaa. hohho.. Kat sini jugak la aku belajar berenang, *sekarang boleh sikit² :). Dah berapa kali jugak laa kitorang mandi kat sini. 


Pastu korang nak thu ape jadi? Haaaa.. Mase kenduri kat umah atok gua *4 tahun yang lepas  bile aku bangun tido jee hambekk.. Tangan,kaki,badan aku sume nye rase kejang tak boleh nak gerak² langsung, atok pun datang la kan tengok. Korang nak thu die buat ape? Haaaa, die suh nenek g ambik air dalam cawan, dan ape ayat tah yang d bace nye.  Ambik sikit, sapu kat badan aku n yang lebih nya tu dia suh aku minum, sebelum nak minum tu die suh aku selawat 3x baru la minum.


Bile dah okay atok tanye, 'sebelum ni kau buat ape?' aku pun jawab laaa 'blablablablaaaa'. Dan atok cakap, 'besok kau campak seluar yang kau buat mandi tu kat tempat yang kau mandi. Kalau kene lagi macam ni, pegi lagi tempat tu campak duit seringgit syiling.' Keesokan harinya pun aku bersama Ayahanda tercinta pun pergi tempat kejadian. Pastu korang nak tahu abah aku cakap ape? 'dulu kan kat situ*sambil die tunjuk tempat tu ade orang mati. Aku pun tanye laaa sebab ape. Abah cakap, 'mase die campak jala die, jala tu tesangkut kat kaki die. Tu yang dengan die² masuk skali dalam tu'. 


Bile aku dengar abah cakap macam tu, aku tobat tanak mandi lombong lagi dah. Alhamdulillah sampai sekarang aku sihat walafiat. :).. Selalunye pun if tak mndi lombong, jalan² kitorang duk lepak kat dalam kebun tebu milik jiran selang dua rumah jiran aku. Kenyang beb kitorang makan tebu tu, sebatang² kitorang patah kan. Hahahah... Sampai la satu hari ni kitorang kantoi, Adoiiiiii. Lintang pukang lari. Hahhaaha.. Bile balik rumah, pikir² balik macam kesian je kat abang along *pemilik kebun tebu tadi dah tanam penat² aku duk mengabiskan nye. Huuuu.. Tergerak la pulak hati nak mintak maaf. Alhamdulillah la abang along ni Okay.. :)


Tulaaaa, korang sume pun mesti banyak kenangan manis mase kecik² dulu kan. Bile teringat rase seronok je. Enjoy ngan kawan², jalan sane jalan sini. Tapi bile dh besa² ni masing² dh berpecah, tak dapat macam dulu lagi dah. :( . Rindu gile time panjat pokok, jalan² naik basikal, makan same², g mane² sume same². Kan best if waktu boleh di putarkan balik, Tapi tak boleh kan. Kite dah ade haluan masing²... Yang aku sambung belajar Ting 6, yang ibon sekarang dah jadi usahwan lembu dah. *sape² yang nak lembu **beli eyy, bukan mintak boleh laa contact ibon ni. Yang usop pulak sekarang jadi maintenance kat hotel mane tah, lupe aku. Dah lame tak jumpe korang weeiiii... Huuuu. 


Okay laa, sampai d sini sahaja la cerita saya pada petang ni. Bubbye semuaaaa... Selamat petang. :)

No comments:

Post a Comment