Sunday, January 16, 2011

Bekuan rindu yang cair..

Assalamualaikum W.B.T

Hari hari Ahad bersamaan dengan 16 januari 2011 bersamaa 11 safar 1423H. Tanggal 16 ni memang aku akan selalu ingat pada setiap bulan. Yupp, tarikh ni amat bermakne bagi aku. Tapi sayang nye hari yang aku sangaka kan sangat bahagia dan sangat seronok bertukar menjadi hari yang suram walau pada mulanya hari ni de penuhi dengan gelak tawa riang girang. Keadaan yang aku sangka akan berkekalan sepanjang hari akhirnya berubah sekelip mata saja.

Mungkin sebab kata²,perbuatan,pengayaan aku yang telah menjadi punca besar kenapa ape yang aku harap kan ni tidak tercapai. Aku tidak tersedar akan ketelanjuran itu,namun dalam ketidaksedaran itu aku dapat rasakan yang sesuatu di dalam hatinya telah terbuku hinggakan tingkah laku dan tutur kata yang membuatkan aku ketawa dan tersenyum bertukar menjadi tangisan jiwa dan tahanan airmata. 

Aku dapat lihat dari mata nya yang dia menahan airmata daripada jatuh mengalir ke pipi, di dalam limpahan airmata yang terikat di kelopak mata kanan dan kiri nya tersurat sejuta rasa yang terpendam yang aku sendri tidak tahu apa isinya. Ingatkah kau waktu kita berjalan di tepian tasik,kita melihat ciptaan² Allah hidup dengan caranya. Waktu itu kita berasa sangat tenang dan gembira hinggakan leka di buai masa yang di umpama emas.

Seringkali kita berpanah lidah,seringkali itu lah aku teringatkan detik² indah bersama mu wahai kasih. Aku tk sanggup melihat kau sedih, kau menangis, kau muram, kerana aku juga akan merasa seperti mu. Aku merelakan hati ku di biar begitu sedangkan kau lagi sibuk dengan acaramu. Aku cuba untuk memahami dirimu,biar aku sering di sakiti asalkan kita akan mengecapi bahagia di akhirnya. Sudah beribu janji yang kau taburkan dengan sejuta pengharapan agar kita akan bersama ke akhirnya. Aku cuba untuk menenangkan hati ku agar tidak lagi airmata jatuh mengalir ke pipi lantas membashi papan kekunci ini. Aku akan cuba memahami dirimu agar kita akan saling memahami untuk kita mencorak lagi dunia yang akan kita jelajahi bersama.. 

Jangan korang ingat aku ni mat jiwang or something like that yaa. Saje je aku post benda ni sebab bosan tak tahu nak buat ape. :)

7 comments: